Bahasa Nobiin

Nobiin
Halfawi, Mahas
Nòbíín Ⲛⲟⲩⲃⲓⲛ نُـٰوبين
Asli kepadaMesir, Sudan
KawasanSepanjang tebing Sungai Nil di selatan Mesir dan utara Sudan
EtnikOrang Nubia
Penutur bahasa
690,000 (2023–2024)
Nil-Sahara?
  • Sudanik Timur
    • Sudanik Timur Utara
      • Bahasa Nubia
        • Utara
          • Nobiin
Bentuk awal
Proto-Nubia
  • Nubia Kuno
Skrip Koptik (varian Nubia Kuno)
Abjad Latin
Abjad Arab
Kod bahasa
ISO 639-3fia
Glottolognobi1240

Nobiin, juga dikenali sebagai Halfawi, Mahas, ialah salah satu bahasa Nubia dalam keluarga bahasa Nilo-Sahara. "Nobiin" ialah bentuk genitif bagi Nòòbíí ("dari Nubia") dan secara harfiah bermaksud "(bahasa) Orang Nubia". Istilah lain yang digunakan ialah Noban tamen, bermaksud "bahasa Nubia".

Sekurang-kurangnya 2500 tahun dahulu, penutur Nubia pertama berhijrah ke lembah Sungai Nil dari barat daya. Bahasa Nubia Kuno dipercayai adalah asal bahasa Nobiin. Nobiin ialah bahasa bernada dengan panjang vokal dan konsonan yang kontrastif. Susunan kata asas ialah subjek–objek–kata kerja.

Nobiin kini dituturkan di sepanjang Sungai Nil di Mesir Hulu dan utara Sudan oleh kira-kira 685,000 orang Nubia. Pada 2023 terdapat 183,000 penutur Nobiin di Sudan, dan pada 2024 terdapat 502,000 penutur Nobiin di Mesir. Ia dituturkan oleh orang Fedicca di Mesir dan suku Mahas dan Halfawi di Sudan. Penutur Nobiin masa kini hampir semuanya tahu berbilang bahasa iaitu dalam varieti-varieti tempatan bahasa Arab, biasanya bertutur Bahasa Arab Baku Moden (untuk tujuan rasmi) serta Bahasa Arab Saʽidi, Bahasa Arab Mesir, atau Bahasa Arab Sudan. Ramai orang Nubia penutur Nobiin dipindahkan secara paksa pada 1963–1964 untuk pembinaan Empangan Aswan di Aswan, Mesir dan pembentukan Tasik Nasser di hulu.

Tiada ortografi piawai untuk Nobiin. Ia ditulis dalam tulisan Rumi dan Arab; juga, baru-baru ini terdapat usaha untuk menghidupkan semula abjad Nubia Kuno. Rencana ini menggunakan ortografi Rumi yang digunakan dalam satu-satunya telitian tatabahasa Nobiin yang diterbitkan, Grammatik des Nobiin oleh Roland Werner (1987).