Bahasa Molbog
| Molbog | |
|---|---|
| Asli kepada | Filipina, Sabah |
Penutur bahasa | 26,000 in the Philippines (2020)e18 |
Austronesian
| |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-3 | pwm |
| Glottolog | molb1237 |
Bahasa Molbog ialah bahasa Austronesia yang ditutur di Sabah, Malaysia dan Filipina. Kebanyakan penutur tertumpu di hujung paling selatan di Palawan, Filipina, khususnya perbandaran Bataraza dan Balabac. Kedua-dua perbandaran dianggap benteng pemuliharaan alam sekitar di wilayah tersebut. Kebanyakan penutur Molbog beragama Islam.
Pengelasan bahasa Molbog dipertikaikan. Thiessen (1981) mengelompokkan bahasa Molbog dengan bahasa-bahasa Palawan, berdasarkan inovasi dan leksikal yang dikongsi. Pengelasan ini disokong oleh Smith (2017). Pandangan alternatif diambil oleh Lobel (2013), yang meletakkan bahasa Molbog bersama dengan bahasa Bonggi dalam subkumpulan Molbog-Bonggi.