Bahasa Kikuyu

Bahasa Kikuyu atau Gikuyu (Gikuyu: Gĩkũyũ [ɣēkōjó]) (juga dikenali sebagai Gĩgĩkũyũ) ialah bahasa Bantu yang dituturkan oleh orang Gĩkũyũ (Agĩkũyũ) dari Kenya. Bahasa Kikuyu digunakan terutamanya di kawasan antara Nyeri, Kiambu, Nairobi dan Nakuru. Orang Kikuyu biasanya menganggap tanah mereka yang berada di banjaran gunung serta sekitarnya di Kenya Tengah, termasuk Gunung Kenya, yang mereka panggil Kĩrĩmanyaga.