Bahasa Ibrani Samaria
| Bahasa Ibrani Samaria | |
|---|---|
| ࠏࠁࠓࠉࠕ Îbrit | |
| Kawasan | Israel dan wilayah Palestin, tertumpu di Nablus dan Holon |
| Pupus | s. abad ke-2e18 hidup sebagai bahasa ibadat |
Afro-Asia
| |
| Abjad Samaria | |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-3 | smp |
| Glottolog | sama1313 |
| Linguasphere | 12-AAB |
Ibrani Samaria (ࠏࠨࠁࠬࠓࠪࠉࠕ ʿÎbrit) ialah dialek Ibrani Purba yang digunakan sebagai bahasa ibadat oleh orang Samaria dan salah satu qiraat yang digunakan untuk membaca Pentateukh Samaria, berbeza dengan Ibrani Tabariyah yang digunakan oleh orang Yahudi.
Bagi orang Samaria, Ibrani Purba telah berhenti menjadi bahasa percakapan dan digantikan dengan bahasa Aram Samaria, yang kemudiannya tidak lagi menjadi bahasa pertuturan sekitar abad ke-10 dan ke-12 kerana digantikan dengan bahasa Arab (atau lebih khususnya bahasa Arab Palestin Samaria).
Fonologi bahasa Ibrani Samaria mirip bahasa Arab Samaria, dan digunakan oleh orang Samaria dalam ibadat. Kini, orang Samaria sama ada bertutur dalam bahasa Ibrani Israel Moden atau Arab Palestin, bergantung pada tempat tinggal mereka—di Holon (Israel) atau di Shechem (Nablus, di Kawasan A Palestin).