Bahasa Ibrani Alkitabiah


Bahasa Ibrani Alkitabiah
Bahasa Ibrani Klasik
שְֹפַת כְּנַעַן, יְהוּדִית, (לָשׁוֹן) עִבְרִית, לְשׁוֹן הַקֹּדֶשׁ
Batu bersurat Siloam di Muzium Arkeologi Istanbul
Kawasan
  • Kerajaan Israel (monarki bersatu)
  • Kerajaan Judah
  • Kerajaan Israel (Samaria)
  • Dinasti Hasmona
  • Seluruh dunia (sebagai bahasa keagamaan Yahudi)
Eradibuktikan wujud sejak abad ke-10 SM; berkembang menjadi Bahasa Ibrani Misynah selepas peperangan Yahudi-Rom pada abad pertama TM
Afro-Asia
Bentuk piawai
Bahasa Ibrani Misynah Templat:Pupus
Bahasa Ibrani Zaman Pertengahan (Menjadi Ibrani Moden)
Babylonia Templat:Pupus
  • Tulisan Kanaan Purba / Sinaitik Purba
  • Abjad Paleo-Ibrani
  • Abjad Ibrani
  • Abjad Samaria
Kod bahasa
ISO 639-3Salah satu:
hbo – Bahasa Ibrani kuno
smp – Bahasa Ibrani Samaria
hbo
 smp
Glottologanci1244

Bahasa Ibrani Alkitabiah ( עִבְרִית עִבְרִית מִקְרָאִית (Ivrit Miqra'it) atau לְשׁוֹן הַמִּקְרָא (Lesyon ha-Miqra)), juga dipanggil bahasa Ibrani Klasik, ialah bahasa Ibrani dalam bentuk kuno. Bahasa Ibrani merupakan salah satu ahli rumpun Kanaan bahasa Semitik yang dituturkan oleh bani Israel di barat Sungai Jordan dan timur Laut Mediterranean. Perkataan "Ibrani" (ivrit) tidak digunakan untuk bahasa Ibrani dalam Alkitab Ibrani, sebaliknya dipanggil שְֹפַת כְּנַעַן (sefat kena'an, 'bahasa Kanaan') atau יְהוּדִית (Yehudit, 'dari Yudea'), tetapi nama "Ibrani" ada digunakan dalam teks-teks berbahasa Yunani Kuno dan Ibrani Misynah.

Bahasa Ibrani dibuktikan wujud dalam batu-batu bersurat dari kira-kira abad ke-10 SM, sewaktu ia hampir sama dengan bahasa Phoenicia dan bahasa-bahasa Kanaan yang lain, dan Ibrani basahan terus digunakan sepanjang dan selepas zaman Bait Suci Kedua, yang berakhir dengan pengepungan Baitulmaqdis (70 TM). Ia akhirnya menjadi bahasa Ibrani Misynah dan dituturkan sehingga abad ke-5 TM.