Bahasa-bahasa Iban

Bahasa-bahasa Iban
Dayak Melayu
Taburan
geografi:
Borneo barat
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Glottolog:iban1263

Bahasa-bahasa Ibanik ialah cabang keluarga bahasa-bahasa Malayik yang berasal dari Borneo barat. Ia dituturkan oleh orang Iban dan kumpulan berkaitan di Malaysia Timur dan wilayah Kalimantan Barat Indonesia. Bahasa-bahasa Dayak lain, yang dipanggil bahasa-bahasa Dayak Darat, yang bukan dari keluarga bahasa-bahasa Ibanik, terdapat di sudut barat laut Kalimantan, antara bahasa-bahasa Malayik rumpun Iban dan bukan rumpun Iban seperti bahasa Kendayan dan loghat Melayu di Sarawak dan Pontianak.

Istilah "bahasa-bahasa Iban" (Ibanic) dicipta oleh Alfred B. Hudson, yang merupakan antara yang pertama menyiasat hubungan genetik pelbagai bahasa yang dilompokkan bersama di bawah nama "bahasa Dayak" di Borneo Barat. Bahasa-bahasa Iban telah diklasifikasikan pelbagainya sebagai di bawah subkumpulan "bahasa-bahasa Dayak Malayik" atau "bahasa-bahasa Melayu Borneo Barat" bersama-sama dengan bahasa Kendayan dan kelainan yang berkaitan, atau sebagai sebahagian daripada subkumpulan "Malayik Induk" bersama-sama loghat-loghat Melayu yang lain.