Bahasa Amazigh Atlas Tengah
Bahasa Amazigh Atlas Tengah (nama setempat: ⵜⴰⵎⴰⵣⵉⵖⵜ Tamazight [tæmæˈzɪxt], [θæmæˈzɪxθ] ) ialah bahasa Barbar/Amazigh dalam rumpun keluarga bahasa Afroasiati yang dituturkan oleh hampir 5 orang juta orang menduduki kawasan Pergunungan Atlas tengah negara Maghribi serta juga komuniti pendatang lebih kecil di Perancis dan di negara-negara lain. Bahasa ini bahasa kedua paling banyak dituturkan di Maghribi selepas bahasa Syilhah yang serumpun serta antara 4 bahasa Amazigh utama dituturkan di negara tersebut selain bahasa-bahasa Qabayli, Syilhah dan Rif.
Bahasa ini diberikan status rasmi dalam negara Maghribi bersama bahasa Arab dalam perlembagaan terbaharu negara tersebut digubal tahun 2011. Perkembangan bahasa ini diseliakan Institut Diraja Budaya Amazigh di Rabat yang ditubuhkan tahun 2001.