Bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya

Bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya
Taburan
geografi:
Filipina
Utara Sulawesi, Indonesia
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Bahasa-proto:Filipina Tengah Raya Proto
Pembahagian:
Glottolog:grea1284

Bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya ialah subkumpulan yang diusulkan di bawah keluarga bahasa-bahasa Austronesia, yang ditakrifkan oleh perubahan bahasa Polinesia-Melayu Proto *R kepada *g. Bahasa-bahasa tersebut dituturkan di bahagian tengah dan selatan Filipina, dan di utara Sulawesi. Subkumpulan ini pertama kali diusulkan oleh Robert Blust (1991) berdasarkan bukti leksikal dan fonologi, dan diterima oleh kebanyakan pakar dalam bidang tersebut.

Kebanyakan bahasa utama di Filipina tergolong dalam subkumpulan bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya: bahasa Tagalog, bahasa-bahasa Bisaya, bahasa Sebu, bahasa Hiligaynon, bahasa Waray; bahasa Bikol Tengah, bahasa Maranao, dan bahasa Magindanao. Di pulau Sulawesi, Indonesia, bahasa Gorontalo ialah bahasa ketiga terbesar mengikut bilangan penutur.