Badan luar pesisir
Badan kewangan luar pesisir atau pusat kewangan luar pesisir (bahasa Inggeris: offshore financial centre, disingkatkan kepada OFC) difahamkan sebagai suatu pentadbiran atau negara yang memberikan perkhidmatan kewangan kepada sesiapa yang bukan penduduk dalam skala yang tidak setimpal ekonomi domestik". "Luar pesisir" (Offshore) di sini tidak bermaksud sifat lokasi badan-badan sebegini tetapi lebih kepada status para pelanggan yang menggunakan perkhidmatan sebegini yang bukan penduduk setempat. Tabung Kewangan Antarabangsa mengelaskan badan-badan ini dalam tahap ketiga pusat kewangan meliputi urusan serantau dan sedunia - Singapura boleh dikira contoh terbaik pusat berperanan sebegini.
Para cendekiawan melihat badan-badan ini setara peranan ia dengan kawasan yang diberi gelaran "syurga cukai".