Baby Ana Milik Siapa?

Baby Ana Milik Siapa
GenreDrama, cinta
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
Nizam Zakaria
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Cristina Suzanne
Ardell Aryana
Hairul Azreen
Hafidz Roshdi
Lagu pembukaan"BAMS" oleh Roman
Lagu penutup"BAMS" oleh Amylea Azizan/Roman Farouk
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Karim
PenerbitFazli Hj. Baharom
Shahrulezad Mohameddin
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal6 November 2014 – 29 Januari 2015
Kronologi
MengikutiSelamat Pengantin Madu
Diikuti olehDelina

Baby Ana Milik Siapa (juga dikenali sebagai #BAMS) merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2014 arahan Shahrulezad Mohameddin dengan skrip ditulis bersama oleh Shahrulezad dan Nizam Zakaria terbitan Radius One, dibintangi oleh Cristina Suzanne, Ardell Aryana, Hairul Azreen dan Hafidz Roshdi. Ia mengisahkan tentang 5 sahabat berkawan dari zaman sekolah melalui kehidupan susah senang bersama, dan disiarkan di Slot Lestary TV3 dari 6 November 2014 hingga 29 Januari 2015 menggantikan Selamat Pengantin Madu.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.