Baahubali: The Beginning
| Baahubali: The Beginning బాహుబలి:ద బిగినింగ్ பாகுபலி (திரைப்படம்) | |
|---|---|
Poster Filem bagi tayangan di Malaysia | |
| Pengarah | S.S. Rajamouli |
| Lakon layar | S. S. Rajamouli Rahul Koda Madhan Karky V. Vijayendra Prasad |
| Cerita oleh | V. Vijayendra Prasad |
| Dihasilkan oleh | Shobu Yarlagadda Prasad Devineni |
| Dibintangi | Prabhas Rana Daggubati Tamannaah Bhatia Anushka Shetty Ramya Krishnan Sathyaraj Sudeep Adivi Sesh Nassar Prabhakar |
| Sinematografi | K. K. Senthil Kumar |
| Disunting oleh | Kotagiri Venkateswara Rao |
| Muzik oleh | M. M. Keeravani |
Syarikat penerbitan | Arka Media Works |
| Diedarkan oleh | Telugu: Arka Media Works Tamil: Studio Green UV Creations Hindi: Dharma Productions Malayalam: Global United Media <Malaysia Lotus Five Star AV |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 159 minit |
| Negara | India |
| Bahasa | Telugu Tamil |
| Bajet | ₹120 kror(RM81 juta) |
| Pecah panggung | ₹660 kror(RM447 juta) (kutipan seluruh dunia) |
Baahubali: The Beginning (Bahasa Telugu: బాహుబలి:ద బిగినింగ్, Tamil: பாகுபலி (திரைப்படம்)) adalah filem epik-cereka sejarah tahun 2015 dari India. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh S. S. Rajamouli sebelum dibikin secara dwibahasa dalam bahasa Telugu dan Tamil, ia dibarisi Prabhas, Rana, Tamannaah Bhatia dan Anushka Shetty dalam peranan utama, serta Ramya Krishnan, Sathyaraj, Nassar, Adivi Sesh, Tanikella Bharani dan Sudeep dalam peranan sampingan. Filem ini ditayangkan serentak di seluruh dunia pada 10 Julai 2015; dalam Nusantara pula, filem ini diedarkan oleh Lotus Five Star AV di Malaysia.
Baahubali menjadi filem bukan berbahasa Hindi pertama yang meraih keuntungan bersih lebih dari Templat:Indian rupee104 crore (AS$15 juta) ketika dialih bahasakan dalam versi Hindi di India. Saat ini, filem tersebut menjadi filem ketiga untung tertinggi sepanjang zaman di seluruh dunia dan filem India dengan keuntungan tertinggi sepanjang masa dengan keuntungan dari India sendiri. Filem tersebut adalah filem Telugu, India Selatan dan non-Hindi pertama yang meraih keuntungan lebih dari Templat:Indian rupee500 crore (AS$74 juta) di seluruh dunia.
Baahubali: The Beginning adalah produksi paling menghabiskan biaya dalam sejarah sinema India sampai saat ini. Filem tersebut mengambil gambar menggunakan kamera Arri Alexa XT, menandai filem Rajamouli pertama yang menggunakan kamera digital; fotografi prinsipal-nya dimulai di Rock Gardens di Kurnool pada 6 Juli 2013. Sabu Cyril adalah perancang produksi untuk filem tersebut, soundtrack dan skor latar belakang untuk filem tersebut dikomposisikan oleh M. M. Keeravani, dan V. Srinivas Mohan adalah petinggi efek visual.
Filem ini adalah adalah bahagian pertama daripada dua bahagian sinematik. Sekuel filem ini, Baahubali: The Conclusion, ditayangkan pada 2016.