Azman Adnan (penjawat awam)
Azman Adnan | |
|---|---|
| عزمن عدنان | |
| Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia | |
| Dalam jawatan 20 Februari 2024 – 4 Julai 2025 | |
| Raja | Sultan Ibrahim |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim (sejak 2022) |
| Menteri | Fadhlina Sidek (sejak 2022) |
| Didahului oleh | Pkharuddin Ghazali |
| Digantikan oleh | Mohd Azam Ahmad |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Azman bin Adnan 5 Julai 1966 Batu Pahat, Johor, Malaysia |
| Tempat belajar | Universiti Malaya (Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan) Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu) |
| Pekerjaan | Penjawat awam |
| Bidang pengkhususan | Guru |
Datuk Haji Azman bin Haji Adnan (Jawi: عزمن بن عدنان; lahir 5 Julai 1966) merupakan seorang penjawat awam dan guru yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ke-20 sejak 20 Februari 2024 sehingga 4 Julai 2025. Sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, beliau berpengalaman lebih 30 tahun sebagai pendidik atau guru dan pernah dipertanggungjawabkan memimpin pelbagai institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara jawatan yang disandang selain daripada guru akademik di sekolah menengah ialah seperti berikut :
- Guru Kanan Mata Pelajaran (Bahasa)
- Penyelia Petang
- Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid)
- Penolong Kanan (Pentadbiran)
- Pengetua
- Ketua Unit Pehubungajn & Pendaftaran JPN Johor
- Ketua Unit Pendidikan Swasta JPN Johor
- Pegawai Pendidikan Daerah Segamat
- Timbalan Pengarah Pendidikan Johor
- Pengarah Pendidikan Johor
- Pengarah, Bahagian Pembangunan Latihan & Teknikal Vokasional (BPLTV) KPM
- Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM
- Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) KPM
- Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah)