Aziz M. Osman

Aziz M. Osman
عزيز م عثمان
Aziz ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 31 Mac 2015.
Kelahiran
Aziz bin Othman Yusof

(1962-10-02) 2 Oktober 1962
Hougang, Singapura
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit
Tahun aktif1963–kini
Karya terkenal
Pasangan
  • Nor Aliah Lee (k. 1992; c. 2007)
  • Nor Radhiah Ramli (k. 2008; c. 2009)
  • Puteri Lily Lokman (k. 2010; c. 2023)
Anak-anak8
IbuAfidah Es
BapaAllahyarham M. Osman
Saudara

Aziz bin Othman Yusof atau lebih dikenali sebagai Aziz M. Osman (lahir 2 Oktober 1962) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis skrip dan penerbit filem Malaysia dan anak kepada penyanyi veteran Allahyarham M. Osman. Beliau terbabit dengan bahagian lain dalam perfileman Malaysia juga, menjadi pengarah, penulis skrip, dan penyunting. Aziz yang kini merupakan lembaga pengarah di syarikat produksi miliknya, Ace Motion Pictures. Filem-filem arahan beliau banyak mencerminkan aspek kerohanian dan nilai-nilai Melayu yang unik.