Afidah Es
Afidah Es | |
|---|---|
| Kelahiran | Moliana binti Suparnoh 26 Mac 1944 |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Tahun aktif | 1966–kini |
| Pasangan | M. Osman (k. 1960; m. 2001) |
| Anak-anak | 4 (termasuk Aziz dan Zulkifli M. Osman |
| Kerjaya muzik | |
| Alat muzik | Vokal |
Moliana Suparnoh atau lebih dikenali sebagai Afidah Es (lahir 26 Mac 1944) merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Singapura dan Malaysia.
Afidah Es juga merupakan isteri kepada penyanyi tahun 60-an, iaitu M. Osman, dan ibu kepada Aziz M. Osman dan Dato Zulkifli M.Osman.
Beliau banyak membintangi drama TV dan radio RTM dari tahun 70-an serta menjadi pengalih suara dalam drama episod Jepun.
Afidah Es juga merupakan penerbit syarikat produksi Paradigmfilm Sdn Bhd.