Azam Pitt

Azam Pitt
Kelahiran
Ahmad Azam bin Pit

(1986-03-27) 27 Mac 1986
Nama lainAzam
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2009–kini
Laman web rasmiInstagram: @azampitt

@azamians Twitter: @azampitt

@azamians

Azam Pitt atau nama sebenarnya Ahmad Azam bin Pit (lahir 27 Mac 1986) merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara TV yang terkenal di Malaysia. Azam memulakan langkahnya dalam industri seni hiburan tanahair dengan menyertai rancangan realiti TV nyanyian terbitan Radio Televisyen Malaysia iaitu Bintang RTM 2009 dan beliau juga pernah sertai rancangan realiti TV nyanyian terbitan TV3 iaitu My Starz LG Musim 3 pada tahun 2010. Sejurus selepas penyertaan Azam dalam rancangan nyanyian realiti TV tersebut, beliau telah muncul dengan lagu bertajuk Debar yang juga merupakan lagu tema bagi filem pendek Chukang dibawah arahan pengarah terkenal, Shuhaimi Lua.