Shamo (ayam)
Shamo (軍鶏) merujuk pada nama am bagi baka ayam sabung di Jepun. Terdapat tujuh baka ayam Shamo yang diakui di Jepun. Kesemuanya didesignasi sebagai Monumen Semulajadi Jepun. Baka-baka ayam Shamo dipercayai berasal daripada baka ayam Melayu yang dibawa masuk daripada Thailand pada awal kurun ke-17.