Axolotl

Axolotl
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Ambystomatidae
Genus:
Ambystoma
Spesies:
mexicanum
Its distribution is marked in red.
Sinonim
  • Gyrinus mexicanus Shaw and Nodder, 1798
  • Siren pisciformis Shaw, 1802
  • Siredon axolotl Wagler, 1830
  • Axolotes guttata Owen, 1844
  • Siredon Humboldtii Duméril, Bibron, and Duméril, 1854
  • Amblystoma weismanni Wiedersheim, 1879
  • Siredon edule Dugès, 1888

Axolotl atau nama saintifiknya Ambystoma mexicanum adalah spesies amfibia berupa salamander neotenik bertaburan dalam beberapa tasik di tengah Mexico, Amerika Tengah terutamanya di dasar Bandar Raya Mexico. Axolotl mempunyai ciri menonjol dalam kalangan spesies amfibia di mana tahap kedewasaan dicapai tanpa menjalani metamorfosis mengekalkan insang pada badan sepertimana tahap berudu.

Haiwan ini diancam pupus kerana pembangunan pesat yang dibawa kepada habitat utamanya mengesan dari segi pencemaran air dibawa selain peletakkan spesies ceroboh seperti tilapia and perka; ia dikelaskan dalam tahap "terancam genting" oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa serta dalam tahap spesies terancam dalam perjanjian dimeterai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar.

Nama hidupan ini didapati dari nama setempat diberi dalam bahasa Nahuatl āxōlōtl ([aːˈʃoːloːtɬ ], Sepanyol: ajolote) menggabungkan mana ā atau -atl- bermaksud "air" dan xōlōtl bermaksud "haiwan".