Awkwafina

Awkwafina
Awkwafina pada 2018
Kelahiran
Nora Lum

(1988-06-02) 2 Jun 1988
Stony Brook, New York, A.S.
Pusat pendidikanUniversiti di Albany, SUNY
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pelawak
  • penulis
  • penerbit
  • rapper
Tahun aktif2011–kini
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Diskografi
Kegiatan berkaitanDumbfoundead

Nora Lum (lahir 2 Jun 1988), atau lebih dikenali sebagai Awkwafina, ialah seorang pelakon, pelawak, penulis, penerbit, dan rapper Amerika Syarikat. Beliau mula mencipta kemasyhuran pada tahun 2012 ketika lagu rapnya "My Vag" menjadi popular di YouTube. Beliau kemudian melancarkan album sulungnya, Yellow Ranger (2014), dan muncul di siri komedi MTV Girl Code (2014-2015). Album keduanya, In Fina We Trust, dikeluarkan pada tahun 2018.

Beliau menjayakan peranan pembantu dalam filem komedi Neighbors 2: Sorority Rising (2016), Ocean's 8 (2018), Crazy Rich Asians (2018), dan Jumanji: The Next Level (2019). Beliau menjayakan peranan utama dalam filem komedi-drama The Farewell (2019), di mana beliau menerima pujian kritis dan memenangi Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Terbaik dalam Filem - Komedi atau Muzikal, menjadi wanita pertama dari keturunan Asia yang memenangi Golden Globe dalam mana-mana kategori filem pelakon utama.

Awkwafina ialah pencipta bersama, penulis dan penerbit eksekutif siri Comedy Central Awkwafina Is Nora from Queens (2020-kini), yang mana beliau membintangi sebagai versi cereka dirinya sendiri.