Attack on Titan
| Attack on Titan | |
Muka depan dari jilid tankōbon 1 Attack on Titan, yang menampilkan Eren Yeager sedang menyerang Titan Colossal yang sedang datang | |
| 進撃の巨人 (Shingeki no Kyojin) | |
|---|---|
| Genre | |
| Manga | |
| Pengarang | Hajime Isayama |
| Penerbit | Kodansha |
| Penerbit Lain | |
| Demografik | Shōnen |
| Pencetakan | Shōnen Magazine Comics |
| Majalah Asal | Majalah Bessatsu Shōnen |
| Tarikh Pengeluaran | 9 September 2009 – 9 April 2021 |
| Jilid | 34 |
| Siri televisyen anime | |
| Aksi langsung | |
| |
| Media berkaitan | |
Attack on Titan (進撃の巨人, Shingeki no Kyojin, lit. "Gergasi Penyerang") ialah sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Hajime Isayama, berlatarkan dunia di mana sisa-sisa daripada penduduk manusia hidup di dalam bandar-bandar yang dikelilingi oleh dinding yang sangat besar kerana kemunculan Titan secara tiba-tiba, makhluk humanoid gergasi yang memakan manusia seolah-olah tanpa sebab. Cerita ini berkisarkan kehidupan Eren Jaeger dan adik angkatnya Mikasa Ackerman, mengenai hidupnya yang akan berubah selama-lamanya selepas kemunculan Titan gergasi yang membawa kepada kemusnahan rumah mereka dan kematian ibunya. Attack on Titan telah diterbitkan secara bersiri di majalah manga shōnen Kodansha, Majalah Bessatsu Shōnen dari September 2009 hingga April 2021, dengan babnya dikumpulkan dalam 34 jilid "tankōbon".
Sebuah siri televisyen anime telah dihasilkan oleh Wit Studio (musim 1–3) dan MAPPA (musim 4). Musim pertama 25 episod disiarkan dari April hingga September 2013, diikuti musim kedua 12 episod dari April hingga Jun 2017. Musim ketiga 22 episod disiarkan dalam dua bahagian, dengan 12 episod pertama disiarkan dari Julai hingga Oktober 2018 dan 10 episod terakhir disiarkan dari April hingga Julai 2019. Musim keempat dan terakhir ditayangkan pada Disember 2020, menyiarkan 16 episod pada bahagian pertamanya, dan selebihnya diumumkan untuk mula ditayangkan pada Januari 2022.
Attack on Titan telah menjadi kejayaan kritikal dan komersial. Setakat Disember 2019, manga ini mempunyai lebih 100 juta salinan tankōbon dalam cetakan di seluruh dunia, menjadikannya salah satu siri manga terlaris sepanjang zaman. Ia telah memenangi beberapa anugerah, termasuk Anugerah Manga Kodansha, Anugerah Attilio Micheluzzi, dan Anugerah Harvey.