Astrakhan
Astrakhan
Астрахань | |
|---|---|
Bandar | |
Pemandangan Astrakhan Katedral Kenaikan Maria Bangunan Bursa Saham Astrakhan Masjid Baku Jalan Nikolskaya Pemandangan Kremlin Astrakhan | |
| Lagu: Lagu Astrakhan | |
Lokasi bagi Astrakhan | |
| Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Caspian Sea" tidak wujud. | |
| Koordinat: 46°21′00″N 48°02′06″E / 46.35000°N 48.03500°E | |
| Negara | Rusia |
| Subjek persekutuan | Astrakhan Oblast |
| Ditubuhkan | 1558 |
| Status Bandar sejak | 1717 |
| Pentadbiran | |
| • Badan | Duma Bandar |
| • Ketua | Oleg Polumordvinov |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 208.70 km2 (80.58 batu persegi) |
| Aras | −25 m (−82 ft) |
| Penduduk (Banci 2010) | |
| • Jumlah | 520,339 |
| • Anggaran (Januari 2014) | 530,900 |
| • Pemeringkatan | Ke-33 pada tahun 2010 |
| • Kepadatan | 2,500/km2 (6,500/batu persegi) |
Status pentadbiran | |
| • Subordinat kepada | bandar kepentingan oblast Astrakhan |
| • Ibu kota of | Oblast Astrakhan, bandar kepentingan oblast Astrakhan |
Status perbandaran | |
| • Urban okrug | Okrug Bandar Astrakhan |
| • Ibu kota bagi | Okrug Bandar Astrakhan |
| Zon waktu | UTC+4 (Waktu Samara ) |
| Poskod | 414000, 414004, 414006, 414008, 414009, 414011–414019, 414021, 414022, 414024–414026, 414028–414030, 414032, 414038, 414040–414042, 414044–414046, 414050–414052, 414056, 414057, 414700, 414890, 414899, 414950, 414960, 414961, 414999 |
| Kod panggilan | +7 8512 |
| OKTMO ID | 12701000001 |
| Hari Bandar | Ahad ketiga September |
| Laman sesawang | www |
Astrakhan (Rusia: Астрахань, AFA: [ˈastrəxənʲ]; Jawi: استراخن) ialah bandar terbesar dan pusat pentadbiran Oblast Astrakhan di selatan Rusia. Bandar ini terletak di dua belah Sungai Volga, di bahagian atas Delta Volga, di sebelas pulau Lekukan Kaspia, 100 km (62 bt) dari Laut Kaspia, dengan populasi 475,629 penduduk pada Bancian 2021. Pada ketinggian 28 meter (92 ka) di bawah paras laut, ia merupakan bandar paling rendah di Rusia.
Astrakhan sebelum ini merupakan ibu kota Khanat Astrakhan (sisa Gerombolan Emas) Tatar Astrakhan, dan terletak di tebing kanan Volga yang lebih tinggi, sebelas kilometer (6.8 bt) dari bandar moden. Terletak di laluan kafilah dan air, ia berkembang daripada sebuah kampung menjadi pusat perdagangan besar, sebelum ditakluk oleh Timurlang pada tahun 1395 dan ditawan oleh Ivan yang Dahsyat pada tahun 1556 dan pada tahun 1558 ia dipindahkan ke lokasi sekarang.
Pusat ekonomi dan budaya tertua di wilayah Volga Hilir, ia sering disebut sebagai kota kara paling selatan Rusia, dan ibu kota Kaspia. Bandar ini merupakan anggota Pejabat Serantau Eurasia Pertubuhan Dunia Bandar dan Kerajaan Tempatan Bersatu. Kepelbagaian etnik penduduknya memberikan perwatakan yang rencam kepada Astrakhan. Bandar ini merupakan pusat kawasan metropolitan Astrakhan.