Astenosfera

Astenosfera (daripada Yunani Purba asthenĂ³s, "tanpa kekuatan") ialah bahagian mantel atas Bumi yang bersifat lemah dan mulur dalam aspek mekanik. Ia terletak di bawah lapisan litosfera, di kedalaman antara 80 dan 200 km (50 dan 124 bt) di bawah permukaan, dan terus hingga kedalaman 700 km (430 bt). Akan tetapi, sempadan bawah astenosfera tidak ditakrif secara jelas.

Astenosfera bersifat hampir pepejal, tetapi kadar keleburan yang kecil (kurang daripada 0.1% daripada batuan) menyumbang kepada kelemahan mekanikalnya. Pencairan penyahmampatan yang lebih meluas di astenosfera berlaku ketika mana ia menaik ke atas lalu menjadi sumber magma yang paling penting di Bumi. Ia merupakan sumber basalt rabung tengah lautan dan beberapa magma yang meletus di atas zon benam atau di kawasan rengkahan benua.