Asmak Husin
Asmak Husin | |
|---|---|
| Ahli Dewan Negara | |
| Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
| Dalam jawatan 1 Julai 2018 – 30 Jun 2021 | |
| Didahului oleh | Khairiah Mohamed |
| Digantikan oleh | Wan Martina Wan Yusoff |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 16 Mei 1978 Kampung Tapang, Kota Bahru, Kelantan |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
| Gabungan politik lain | (2020-kini) |
| Pasangan | Mohd Fakaruddeen Che Omar |
| Kediaman | Kelantan |
| Pekerjaan | Ahli politik, Pendakwah |
Ustazah Asmak Husin (lahir 16 Mei 1978) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Negara yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Asmak merupakan lulusan Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Sarjana dalam bidang Undang-undang dan Pentadbiran Agama Islam dari Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.