Asid fluoroantimonik
| Nama | |
|---|---|
| Nama IUPAC
Fluoroantimonic acid
| |
| Pengecam | |
Imej model 3D Jmol
|
|
| ChemSpider | |
| ECHA InfoCard | 100.037.279 |
| Nombor EC |
|
CompTox Dashboard (EPA)
|
|
| |
| |
| Sifat | |
| H2SbF7 | |
| Jisim molar | 256.765 |
| Rupa bentuk | Cecair tidak berwarna |
| Ketumpatan | 2.885 g/cm3 |
| Keterlarutan | SO2ClF, SO2 |
| Keasidan (pKa) | −25 |
| Kebesan (pKb) | 39 |
| Bahaya | |
| Bahaya-bahaya utama | Teramat menghakis, Hidrolisis ganas |
Penyata bahaya GHS
|
H300, H310, H314, H330, H411 |
Penyata pencegahan GHS
|
P260, P264, P273, P280, P284, P301+310 |
| NFPA 704 (berlian api) | |
| Sebatian berkaitan | |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
| Rujukan kotak info | |
Asid fluoroantimonik (nama sistematik fluoronium heksafluorostibanida dan fluoronium heksafluoroantimonat(V)) ialah sebatian tidak organik dengan formula kimia H2FSbF6 (juga ditulis H2F[SbF6]). Ia adalah cecair ion yang dihasilkan melalui tindak balas hidrogen fluorida (HF) dengan antimoni pentafluorida (SbF5) dalam jumlah yang serupa secara stoikiometri. Ia adalah asid super terkuat yang diketahui, yang telah didemonstrasi turut memprotonkan hidrokarbon untuk memperoleh karbokation dan H2. Asid-asid serupa boleh dihasilkan menggunakan jumlah berlebihan antimoni pentafluorida.
Tindak balas untuk menghasilkan asid fluoroantimonik ialah:
- 2 HF H2F+ + F-
- SbF5 + F- → SbF6-
Tindak balas keseluruhan ialah:
- SbF5 + 2 HF → SbF6- + H2F+
Tindak balas kedua tidak berada dalam keseimbangan, maka keseluruhan tindak balas ini tidak berada dalam keseimbangan. Tindak balas ini bersifat eksotermik.
F- yang dihasilkan oleh pengautoionan hidrogen fluorida bertindak balas dengan SbF5 untuk menghasilkan aduk SbF-
6. Dalam ion fluoronium, hidrogen fluorida terkoordinat pada ion hidrogen. Anion ini dikelaskan sebagai anion tidak mengkoordinat dan merupakan nukleofil serta bes yang sangat lemah.
Asid ini dikataka mengandungi "proton-proton terdedah", tetapi proton-proton "bebas" sebenarnya sentiasa terikat pada molekul hidrogen fluorida untuk membentuk kation fluoronium (serupa dengan kation hidronium dalam larutan akua). Ion fluoroniumlah yang menyebabkan keasidan melampau asid ini. Asid fluoroantimonik adalah 1016 (10 kuadrilion) kali ganda lebih kuat daripada 100% asid sulfurik. Proton-proton dengan mudah berpindah merentas larutan, bergerak dari H2F+ ke HF, jika ada, melalui mekanisma Grotthuss:
- H2F+ + HF HF + H2F+
Asid fluoroantimonik mereput secara terma pada suhu tinggi, menghasilkan gas hidrogen fluorida.