Asam pedas

Asam pedas
Asam pedas pari terkenal di Malaysia.
JenisFish stew, hidangan ikan, masakan 
Jenis sajianSajian utama
Tempat asalIndonesia 
Kawasan/rantauSumatera Barat, Semenanjung Melayu, Kepulauan Riau , Singapura dan Borneo
Masakan berkaitanIndonesia, Malaysia dan Singapura
Suhu penghidanganSuhu bilik atau panas
Bahan utamaIkan dimasak dalam sup masam dan pedas
sunting · sunting di Wikidata

Asam pedas (Jawi: اسم ڤدس; Minangkabau: asam padeh) ialah sejenis lauk berasaskan ikan berkuah masam pedas dikongsi orang Minangkabau di barat pulau Sumatera dan orang Melayu di Sumatera (terutamanya Riau, Jambi dan Sumatera Selatan), Semenanjung Melayu (terutamanya Melaka, Johor, Kedah dan Kelantan), Kepulauan Riau, Singapura sampai sejauh Sarawak dan Kalimantan Barat di Borneo.

Setiap jenis asam pedas serata kawasan-kawasan ini mempunyai rasa dan tekstur tersendiri bergantung kepada bahan yang digunakan.