Arthur Miller

Arthur Miller
Portret
LahirArthur Asher Miller
(1915-10-17)17 Oktober 1915
Harlem, New York City, U.S.
Meninggal duniaFebruari 10, 2005(2005-02-10) (umur 89)
Roxbury, Connecticut, U.S.
Pekerjaan
  • Penulis drama
  • Penulis esei
  • Penulis skrip filem
Alma materUniversiti Michigan
Karya terkenal
  • All My Sons
  • Death of a Salesman
  • The Crucible
  • A View from the Bridge
Anugerah
  • 1949 Hadiah Pulitzer bagi Drama
  • 1984 Penghormatan Pusat Kennedy
  • 2001 Praemium Imperiale
  • 2003 Hadiah Jerusalem
Pasangan
  • Mary Slattery (k. 1940; c. 1956)
  • Marilyn Monroe (k. 1956; c. 1961)
  • Inge Morath (k. 1962; m. 2002)
Anak4; termasuk Rebecca
Saudara
Tandatangan

Arthur Asher Miller (17 Oktober 1915 – 10 Februari 2005) ialah sebuah penulis drama dan esei Amerikan dalam bidang teater Amerika pada abad ke-20. Karya-karya masyhurnya termasuk All My Sons (1947), Death of a Salesman (1949), The Crucible (1953) dan A View from the Bridge (1955, rekaan semula pada 1956). Beliau menulis beberapa skrip filem dan paling dikenali menerusi karyanya dalam The Misfits (1961). Drama Death of a Salesman telah tersenarai dalam beberapa senarai drama terbaik Amerika pada abad ke-20.

Miller lazim mendapat perhatian awam, terutamanya pada tempoh akhir 1940-an hingga awal 1960-an. Ketika ini, beliau memenangi Hadiah Pulitzer bagi Drama serta berkahwin dengan Marilyn Monroe. Pada 1980, Miller menerima Anugerah Kesusasteraan St. Louis daripada badan persatuan perpustakaan Unversiti Saint Louis. Beliau juga memperoleh Praemium Imperiale [ada 2001, Anugerah Putera Asturias pada 2002 serta Hadiah Jerusalem pada 2003 dan Hadiah Dorothy dan Lillian Gish in 1999.