Arpakhsad

Arpakhsad atau Arpachshad atau Arphaxad atau Arphacsad atau Arfakhshad (bahasa Ibrani: אַרְפַּכְשַׁד / אַרְפַּכְשָׁד, Modern Arpakhshad Tiberian ʾArpaḵšaḏ / ʾArpaḵšāḏ ; bahasa Arab: 'أرفخشذ', Ārfakhshad‎; seperti yang termaktub dalam kitab Kejadian dari Kitab Suci Ibrani dan Alkitab, adalah salah satu anak dari Sem dan isterinya yang tidak disebutkan namanya. Saudara-saudaranya bernama Elam, Asyur, Lud, dan Aram yang masing-masing menurunkan suku kaum yang akan bermusuhan dengan Bani Israel dan juga Us, Hul, Geter, dan Mesekh. Nama Arpakhsad disebut sepuluh kali dalam Alkitab, enam kalinya di dalam kitab Kejadian, tiga kali di I Tawarikh dan sekali di dalam kitab Lukas atau Luke.

Ia mempunyai seorang anak yang bernama Selah atau Shalikh pada usia 35 tahun dan hidup hingga mencapai usia 438 tahun.

Melalui keturunan Arpakhsad dilahirkanlah Abraham (Nabi Ibrahim a.s.), Nabi Daud a.s., hingga akhirnya menurunkan Jesus. Menurut ahli sejarawan Islam juga , dari keturunan Arpakhsad ini juga akhirnya telah turunnya Nabi Muhammad SAW. Hal ini kerana Nabi Muhammad SAW juga datangnya dari sub keturunan Nabi Ibrahim a.s.