Ariff Bahran

Ariff Bahran
Kelahiran
Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari

(1998-01-15) 15 Januari 1998
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2014, 2017–kini
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "instrument"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "genre"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "background"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "label"

Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari (Jawi: عارف بحران; lahir 15 Januari 1998) merupakan seorang penyanyi lelaki dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali dalam kalangan peminat melalui single pertama beliau berjudul "Kata Akhirmu".

Single pertama beliau menjadi runut bunyi bagi drama Cinta Hati Batu (TV3) dan berjaya meraih lebih 15 juta tontonan di laman YouTube sehingga 30 Januari 2019. Ariff Bahran juga mempunyai lebih 200 ribu pengikut di laman Instagram. Bahran juga mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Bahranators yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong kerjaya seninya. Beliau juga paling dikenali sebagai salah seorang peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria pada 2018.