Argus Filch
| Watak Harry Potter | |
|---|---|
| David Bradley sebagai Argus Filch | |
| Argus Filch | |
| Jantina | Lelaki |
| Warna rambut | Kelabu |
| Warna mata | Kelabu seperti lampu |
| Keturunan | Squibs |
| Berpihak kepada | Hogwarts, walaupun dia menunjukkan kesetiaan kepada pekerja Kementerian Sihir, Dolores Umbridge |
| Dilakonkan oleh | David Bradley |
Argus Filch adalah watak rekaan sebagai penjaga sekolah Hogwarts dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling. Walaupun dia bukan watak jahat, dia adalah seorang yang berwatakan cepat marah dan tegas, sehingga sangat tidak popular di kalangan pelajar. Filch adalah seorang penjaga sangat mengkongkong, seperti larangan berada di luar asrama pada malam hari, yang membuat pelajar tidak selesa. Tiada seorang pun yang mengetahui jalan-jalan rahsia dan pintas di Hogwarts seperti Filch (kecuali James Potter dan kawan-kawannya ('Penjarah') dan Fred dan George Weasley). Filch adalah musuh hantu Peeves dan mereka-mereka yang berlaku ganjil.
Filch sering memanggil kucing peliharaannya, Puan Norris, dengan panggilan "sayang". Manakala bagi kebanyakan pelajar, "impian terbesar adalah menendang kucing itu". Jika Puan Norris mendapati seorang pelajar melanggar peraturan, Filch akan segera tiba beberapa saat kemudian. Puan Norris juga diketahui sering mengikuti Hagrid ke mana-mana di sekolah, yang secara terang atas suruhan Filch - hal yang menunjukkan hubungan yang luar biasa antara si kucing dan pemiliknya.