Ardeshir Irani
Ardeshir Irani | |
|---|---|
| Kelahiran | Khan Bahadur Ardeshir Irani 5 Disember 1886 Pune, Kepresidenan Bombay, India British |
| Meninggal dunia | 14 Oktober 1969 (umur 82) |
| Pusat pendidikan | Sekolah Seni Rupa Sir J. J. |
| Terkenal kerana | Sinema India awal |
Khan Bahadur Ardeshir Irani (5 Disember 1886 – 14 Oktober 1969); ialah seorang penulis, pengarah, penerbit, pelakon, pengedar, pemamer filem dan ahli sinematografi India di zaman filem bisu dan filem bersuara pada awal pawagam India. Beliau dikenali dengan membuat filem dalam bahasa Hindi, Telugu, Inggeris, Jerman, Parsi, Urdu dan Tamil. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya memiliki pawagam, sebuah agensi gramofon, dan sebuah agensi kereta.