Anwar Ridhwan

Dato' Dr.
Anwar Ridhwan
Dato' Dr. Anwar Ridhwan
Sasterawan Negara Malaysia
Dalam jawatan
2009–2011
Didahului olehS. Othman Kelantan
Digantikan olehAhmad Kamal Abdullah
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "place_of_birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "date_of_birth"

Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan (lahir 5 Ogos 1949) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani berketurunan Melayu Perak yang menetap di Sungai Besar, Selangor. Pada 11 Ogos 2009, beliau diumumkan sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat beliau yang terletak di Putrajaya.