Anuiti

Annuiti ialah satu siri pembayaran yang dibuat pada selang waktu yang sama. Contoh anuiti ialah deposit tetap ke akaun simpanan, bayaran bulanan pinjaman gadai janji, bayaran bulanan insurans dan bayaran pencen. Anuiti boleh dikelaskan mengikut kekerapan tarikh pembayaran. Pembayaran (deposit) boleh dibuat secara mingguan, bulanan, suku tahunan, tahunan, atau pada sebarang selang masa tetap yang lain. Anuiti boleh dikira dengan fungsi matematik yang dikenali sebagai "fungsi anuiti".

Anuiti yang menyediakan bayaran untuk baki seumur hidup seseorang ialah anuiti hayat.