Pencen

Wang saraan (juga Mal. pencen ڤينچين‎, ejaan lama: pensyen ڤنشين‎ dari bahasa Inggeris: pension; Ind. tmsk Riau pension atau pensiun dari Belanda: pensioen kededuanya diakar Latin pensio "[emas] timbangan, bayaran") adalah peruntukan pendapatan kepada orang awam yang tidak lagi mendapat pendapatan tetap dari pekerjaan kerana tamat di usia tua atau dipaksa kerana mengalami kecacatan yang menghilangkan upaya bekerja seperti biasa.