Anugerah Skrin 2012
| Anugerah Skrin 2012 | |
|---|---|
| Tarikh | 9 November 2012 |
| Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia |
| Pengacara | Awal Ashaari Neelofa |
| Penyampai pra-acara | Karl Shafek Dynas Mokhtar Muhammad Fadzil Ahmad Shukor |
| Penerbit | Roslina Abd Rahman |
| Pengarah | Roslina Abd Rahman |
| Penganjur | TV3 |
| Gambaran keseluruhan | |
| Filem Terbaik | Bunohan |
| Siri Komedi Terbaik | Elly & Epit |
| Siri Drama Terbaik | Jangan Ambil Padang Kami |
| Film Televisi Terbaik | Di Telapak Kaki Bonda |
| Liputan televisyen | |
| Saluran | TV3 |
| Pemirsa | 4 juta |
Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia, Anugerah Skrin yang dianjurkan buat kali ke-16. Ia berlangsung pada 9 November 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Dengan tema 'Selami Dunia Fantasi Kami' yang bercirikan cerita dongeng, ASK2012 mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta dua anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.