Anugerah Juara Lagu ke-4

Anugerah Juara Lagu
ke-4
Tarikh30 Disember 1989
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraAzwan Ali & Chairmaine Augustine
Juara Lagu"Isabella"


Juara Lagu 1989 ialah acara pertandingan lagu-lagu Melayu popular dalam tahun 1989 untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1989. AJL 89 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan. Diadakan pada 30 Disember 1989, AJL 89 masih mengekalkan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran dari tahun sebelumnya. Charmaine Agustine kekal sebagai pengacara, tetapi dia digandingkan dengan Azwan Ali. Mereka dikekalkan sebagai pengacara untuk tahun berikutnya.