Anugerah Juara Lagu ke-28

Anugerah Juara Lagu
ke-28
Tarikh26 Februari 2014
TempatStadium Putra Bukit Jalil
PengacaraAG Selamat & Scha Al-Yahya
PenerbitMuhamad Sufian Che Isa
Juara Lagu"Bahagiamu Deritaku"

Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) ialah konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2013. Tema pementasan AJL28 ialah "Game On" yang berunsur suasana dan aksi permainan video. Juara AJL28 membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.