Anugerah Juara Lagu ke-19

Anugerah Juara Lagu
ke-19
Tarikh16 Januari 2005
TempatStadium Putra Bukit Jalil
PengacaraSarimah Ibrahim
Najip Ali
Cheryl Samad
PenerbitRashidah Karim
Muhamad Sufian Isa
PengarahMuhamad Sufian Isa
Tempoh Tayangan3 jam
Juara Lagu"Relaku Pujuk"


Anugerah Juara Lagu 2004 telah diadakan pada 16 Januari 2005 jam 8.30 malam dan bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah Juara Lagu kali ini adalah Anugerah Juara Lagu yang ke-19 (AJL 19) dan bertemakan "Simfoni Alam Sejuta Ilham". 3 unsur alam telah digunakan untuk mewakili tiga kategori yang dipertandingkan iaitu "tanah" untuk kategori irama malaysia dan etnik kreatif, "angin" bagi kategori balada dan "api" untuk kategori pop rock.

Anugerah Juara Lagu ke-19 yang diacarakan oleh Sarimah Ibrahim, Najip Ali dan Cheryl Samad telah membawakan 12 buah lagu untuk dipertandingkan di peringkat akhir Juara Lagu untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-19 bagi tahun 2004.