Anugerah Juara Lagu ke-24
| Anugerah Juara Lagu ke-24 | |
|---|---|
| Tarikh | 10 Januari 2010 |
| Tempat | Stadium Putra Bukit Jalil |
| Pengacara | Faizal Ismail Cheryl Samad Ally Iskandar |
| Tempoh Tayangan | 3 jam |
| Juara Lagu | Pergi |
Anugerah Juara Lagu 2009 dilangsungkan pada 10 Januari 2010, menyaksikan persaingan antara 14 buah lagu yang buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, tidak dibahagikan mengikut kategori genre lagu seperti tahun-tahun sebelumnya. Kesemua 14 finalis diumumkan pada malam 20 November 2009 setelah mengira markah keseluruhan kesemua 30 lagu yang dipertandingkan di separuh akhir tiga minggu. Gelaran Juara Lagu 2009 jatuh di tangan lagu "Pergi" ciptaan Pete Teo untuk nyanyian Aizat.