Aizat Amdan
Aizat | |
|---|---|
ءايزات عامدان | |
Aizat ketika Jerayawara Borneo tahun 2011 | |
| Kelahiran | Muhammad Aizat bin Amdan 21 Januari 1989 |
| Nama lain | Aizat AF (semasa bersama Akademi Fantasia), Aizat, Aizat Amdan, Ai.Z |
| Pekerjaan | Penyanyi, pencipta lagu, pelakon |
| Pasangan | Elyssa Alka Ilias (k. 2022) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop rock |
| Alat muzik | vokal, gitar |
| Syarikat rakaman | Kasi Gegar Entertainment (2007–) Yuna Room Records (2020–) |
| Kegiatan berkaitan | Go Gerila |
Muhammad Aizat Amdan (lahir 21 Januari 1989) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima bersama Dafi, Mila Jirin dan Heliza Helmi. Beliau suka mencipta lagu dan lirik. Beliau juga pandai menari dan mempunyai kebolehan melukis komik. Lagu beliau yang paling popular ialah "Kau Aku" yang menjadi tema untuk drama Merah Putih. Pada tahun 2010 beliau telah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 serta bergelar pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-16 menerusi lagu "Lagu Kita". Beliau merupakan pemenang termuda untuk kedua-dua anugerah itu setakat ini.