Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 atau Anugerah DFKL 2018 merupakan sebuah majlis penganugerahan tahunan sempena program Drama Festival Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad. Majlis ini diadakan pada 13 Mei bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam. Majlis diacarakan oleh pengacara Nabila Huda dan Ajak Shiro dan dipancarkan secara langsung di stesen TV3.