Antonio Pigafetta
Antonio Pigafetta أتنونيو ڤيݢافيتا | |
|---|---|
| Kelahiran | antara 1480 dan 1491 |
| Meninggal dunia | k. 1531 (umur 40–an) Vicenza, Republik Venezia |
| Warganegara | Venezia |
| Tahun aktif | 1500-an ke 1520-an |
| Terkenal kerana | Mencatat penjelajahan Magellan Penulisan kamus dwibahasa Melayu Barat terawal |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "1 = image
"
Antonio Pigafetta (Itali: [anˈtɔːnjo piɡaˈfetta]; c. 1491 – c. 1531) merupakan seorang sarjana dan pengembara dari Venezia yang menyertai penjelajahan dibuat Ferdinand Magellan atas titah Raja Carlos I dari Sepanyol. Beliau turut menghabiskan misi penjelajahan ini berikutan pembunuhan Magellan di Mactan berdekatan Cebu.
Beliau merupakan antara orang terawal menghasilkan kamus bahasa Melayu kepada mana-mana bahasa Barat melalui daftar kata bahasa Itali-Melayu disusunnya pada tahun 1522.