Anthony Soter Fernandez

Kardinal
Anthony Soter Fernandez
Kardinal dan Emeritus Uskup Kuala Lumpur
Kardinal Anthony semasa Konsistori yang dipimpin oleh Paus Francis pada tahun 2016
GerejaGereja Roman Katolik
KeuskupanKeuskupan Agung Kuala Lumpur
TakhtaKuala Lumpur, Malaysia
Bertakhta10 November 1983
Perintah tamat24 Mei 2003
PendahuluDominic Vendargon
PenggantiMurphy Nicholas Xavier Pakiam
Jawatan terdahuluUskup Pulau Pinang (1977-1983)
Ketua Uskup Kuala Lumpur (1983-2003)
Presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia, Singapura & Brunei (1987-1990, 2000-2003)
Spiritual Father of College General, Major Seminary, Pulau Pinang
Tahbisan
Pentahbisan imamat10 Disember 1966
Pentahbisan episkopal17 Februari 1978
Dilantik sebagai kardinal19 November 2016
PangkatKardinal - Imam
Butiran peribadi
Kelahiran22 April 1932
Sungai Petani, Kedah, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (kini Malaysia)
Meninggal dunia28 Oktober 2020 (88 Tahun)
Kuala Lumpur
KewarganegaraanMalaysia
DenominasiGereja Katolik
MotoKeadilan dan Keamanan
Lambang kebesaran
Sejarah ordinasi
Ordinasi paderi
Tarikh ordinasi29 Julai 1973
Konsekrasi episkopal
Pemimpin konsekrasiGregory Yong
Konsekrator bersamaJames Chan Soon Cheong
Anthony Lee Kok Hin
Tarikh konsekrasi17 Februari 1978
Kardinalat
Dinaikkan pangkat olehPaus Francis
Tarikh kenaikan pangkat19 November 2016
Ketua Uskup yang ditahbiskan oleh Anthony Soter Fernandez sebagai pemimpin konsekrator
Murphy Nicholas Xavier Pakiam4 Oktober 1995
Gelaran
Anthony Soter Fernandez
Rujukan gelaranTuan Yang Terutama
Gaya percakapanTuan Kardinal
Gaya informalKardinal

Kardinal Anthony Soter Fernandez (lahir 22 April 1932 - 28 Oktober 2020) ialah Kardinal Malaysia pertama Gereja Roman Katolik dan Uskup Agung Emeritus daripada Roman Katolik Keuskupan Agung Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau telah dilantik pada 30 Julai 1983 oleh Paus John Paul II, dan menjadi Ketua Uskup Keuskupan kedua semasa penahbisan beliau pada 10 November 1983. Beliau bersara pada 24 Mei 2003 dan telah digantikan oleh Tan Sri Murphy Pakiam.

Fernandez ditahbiskan sebagai imam pada 10 Disember 1966, dan berkhidmat sebagai Presiden Persidangan Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei dari 1987-1990 dan 2000-2003.

Fernandez adalah bekas biskop Keuskupan Pulau Pinang, di mana beliau merupakan biskop dari 17 Februari 1978, sehingga ditukarkan ke Kuala Lumpur.

Fernandez telah dicipta kardinal oleh Paus Francis dalam Konsistori pada 19 November 2016, dan rakyat Malaysia pertama yang akan menjadi kardinal.