Anneke Grönloh
Anneke Grönloh | |
|---|---|
| Kelahiran | Louise Johanna Grönloh 7 Jun 1942 |
| Meninggal dunia | 14 September 2018 (umur 76) |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Tahun aktif | 1959–2017 |
| Pasangan | Wim-Jaap van der Laan (1964–2004; kematiannya) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Diskografi | Lihat: Anneke Grönloh discography (en) |
| Syarikat rakaman | Philips Records (mul) |
Louise Johanna "Anneke" Grönloh (7 Jun 1942 - 14 September 2018) ialah penyanyi Belanda kelahiran Indonesia. Beliau mula menempa nama pada tahun 1962 dengan lagu "Brandend Zand" setelah memenangi satu pertandingan pencarian bakat di Belanda.
Dilahirkan di Sumatera, beliau cukup dikenali di Nusantara kerana berkebolehan membawakan lagu-lagu bahasa Melayu Indonesia. Pada tahun 2000, Gronloh diiktiraf sebagai Penyanyi Sepanjang Zaman oleh rakyat Belanda sebelum bersara daripada bidang seni suara pada tahun 2017 selepas menghadapi masalah paru-paru. Beliau meninggal dunia pada usia 76 tahun pada 14 September 2018.