Anjing gembala biri-biri
Anjing gembala biri-biri pada umumnya ialah anjing atau baka anjing yang dahulunya digunakan berhubungan dengan penternakan biri-biri. Ini termasuk anjing penjaga haiwan ternakan yang digunakan untuk menjaga biri-biri dan haiwan ternakan lain dan anjing gembala yang digunakan menggerakkan, menguruskan, dan mengawal biri-biri dan haiwan ternakan lain.
Persekutuan Kinologi Antarabangsa telah mengelompokkan anjing gembala biri-biri dan anjing lembu (kecuali anjing lembu Switzerland) dalam Kumpulan 1.