Anjing gembala Kaukasus

Anjing gembala Kaukasus
Nama lain
  • Anjing gunung Kaukasus
Negara asalKaukasus
Trait
Berat Jantan minimum 50 kilogram (110 lb)
Betina minimum 45 kilogram (100 lb)
Tinggi Jantan 72–75 sentimeter (28–30 in) diutamakan
minimum 68 sentimeter (27 in)
Betina 67–70 sentimeter (26–28 in) diutamakan
minimum 64 sentimeter (25 in)
Bulu lapis bulu lurus, kasar, mencacak dengan lapis bulu bawah cukup terbentuk
Warna sebarang warna padu, piebald, atau warna bertompok, kecuali hati, biru, dan hitam legam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Kaukasus ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan yang asli di rantau Kaukasus, khususnya Georgia, Armenia, Azerbaijan, dan Dagestan. Ia dibiakbakakan di Kesatuan Soviet dari sekitar tahun 1920 daripada anjing-anjing Pergunungan Kaukasus dan rantau-rantau steppe di Rusia Selatan. Pergunungan Kaukasus di Georgia dahulunya pernah menjadi rantau utama bagi taburan anjing gembala Kaukasus, dari segi bilangan dan kualiti anjing yang hadir di kawasan itu.