Anjing bebas merantau

Anjing bebas merantau, anjing bebas merayau, atau anjing bebas berkeliaran ialah anjing yang tidak terkurung di laman atau di rumah. Anjing bebas merantau termasuk anjing jalanan, anjing kampung, anjing terbiar, anjing jalang, dll. dan mungkin dimiliki atau tidak dimiliki. Populasi anjing global dianggarkan berjumlah 900 juta ekor anjing, yang daripadanya sekitar 20% daripadanya dianggap sebagai haiwan peliharaan berpemilik dan, oleh itu, terbatas.

Anjing bebas merantau adalah lazim di negara membangun. Ada anggaran bahawa terdapat sekitar 62 juta ekor anjing bebas merantau di India. Di negara-negara Barat, anjing bebas merantau adalah jarang; di Eropah pula, ia terutamanya terdapat di bahagian-bahagian di Eropah Timur dan, pada takat lebih rendah, di bahagian-bahagian di Eropah Selatan.

Pelbagai pertubuhan manusia bekerja untuk menguruskan anjing bebas merantau, dengan mengupas kebimbangan tentang penyebaran rabies, kebajikan haiwan, dan bidang lain. Ini termasuk pihak pemerintah, pertubuhan hak haiwan, dan pertubuhan bukan pemerintah lain, serta pihak doktor haiwan. Sesetengah pemerintah mempunyai dasar pengurusan anjing, termasuk perangkap–neuter–pulang, penyingkiran kekal anjing dari jalanan, dan penempatan tanpa ketentuan di tempat perlindungan haiwan, adopsinya (di peringkat kebangsaan atau antarabangsa), atau eutanasianya.