Anies Baswedan

Anies Baswedan
Potret sebagai Calon Presiden Republik Indonesia 2024, November 2023
Gabenor Jakarta
Dalam jawatan
16 Oktober 2017 – 16 Oktober 2022
Naib Gabenor
Didahului oleh
  • Djarot Saiful Hidayat
  • Saefullah (Interim)
Digantikan olehHeru Budi Hartono (Interim)
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia
Dalam jawatan
27 Oktober 2014 – 27 Juli 2016
PresidenJoko Widodo
Didahului olehMohammad Nuh
Digantikan olehMuhadjir Effendy
Rektor Universiti Paramadina
Dalam jawatan
15 Mei 2007 – 6 Januari 2015
MenteriBambang Sudibyo
(2007 - 2009)
Mohammad Nuh
(2009 - 2014)
Mohamad Nasir
(2014 - 2015)
Didahului olehSohibul Iman
(sebagai Pemangku Rektor)
Digantikan olehFirmanzah
Maklumat peribadi
Lahir
Anies Rasyid Baswedan

(1969-05-07) 7 Mei 1969
Kuningan, Jawa Barat, Indonesia
KewarganegaraanIndonesia
Parti politikBebas
PasanganFery Farhati (k. 1996)
Anak4
Ibu bapa
  • Rasyid Baswedan (bapa)
  • Aliyah Rasyid (ibu)
Tempat belajar
PekerjaanAhli akademisi, Ahli politik
Tandatangan
Laman webwww.aniesbaswedan.com

Dr. Haji Anies Rasyid Baswedan, M.PP. (lahir di Kuningan, 7 Mei 1969; umur 56 tahun) ialah seorang ahli akademik, aktivis, dan ahli politik Indonesia yang berkhidmat sebagai Gabenor DKI Jakarta yang bermula sejak 16 Oktober 2017 sehingga 16 Oktober 2022. Semasa kempen dalam Pilihan Raya Gabenor Jakarta 2017, beliau bersanding bersama dengan Sandiaga Uno sebagai calon Naib Gabenor yang pada akhirnya meletak jawatan kerana maju sebagai calon Naib Presiden Indonesia dalam PRU Presiden 2019. Beliau merupakan cucu kepada pahlawan negara Abdurrahman Baswedan.

Anies Baswedan pernah menyandang jawatan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Dasar Menengah Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Joko Widodo dari 2014 sehingga 2016. Sebelum ini, beliau memimpin Universiti Paramadina, menggantikan Sohibul Iman pada 2007. Beliau dikenali sebagai salah seorang penyokong Joko Widodo semasa PRU Presiden 2014 dan mencadangkan program "Indonesia Mengajar".