Angkatan Tentera Portugal

Angkatan Tentera Portugal
Forças Armadas

Diasaskan abad ke-12
Bentuk kini 1950 (1950)
Cabang khidmat
Ibu pejabat Lisbon, Portugal
Kepimpinan
Presiden Marcelo Rebelo de Sousa
Menteri Pertahanan Nasional Helena Carreiras
Ketua Turus Am Laksamana António Manuel Fernandes da Silva Ribeiro
Sedia berkhidmat
dalam tentera
2,566,264 lelaki, usia 18–35 (2010),
2,458,297 wanita, usia 18–35 (2010)
Sesuai untuk
berkhidmat
2,103,080 lelaki, usia 18–35 (2010),
2,018,004 wanita, usia 18–35 (2010)
Capaian usia masuk
tentera tahunan
62,208 lelaki (2010),
54,786 wanita(2010)
Kakitangan aktif 27.741 (2021)
Kakitangan diatur 927 (2022)
Perbelanjaan
Bajet €4.151 billion (2021)
Peratusan KDNK 1.66% (2021)
Industri
Pembekal domestik Arsenal do Alfeite
Edisoft
EID, S.A.
OGMA
Tekever
UAVision
West Sea Shipyard
Pembekal luar
Eksport tahunan €4,750 billion (2019)
Rencana berkaitan
Sejarah Sejarah ketenteraan Portugal
Pangkat Pangkat tentera Portugal

Angkatan Tentera Portugal (Portugis: Forças Armadas) adalah angkatan bersenjata bagi negara Portugal. Ia merangkumi Turus Am Angkatan Tentera, badan-badan bersatu yang lain dan tiga cabang perkhidmatan: Tentera Laut Portugal, Tentera Darat Portugal dan Tentera Udara Portugal.

Presiden Republik adalah ketua angkatan tentera Portugal, dengan gelaran "Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera" (Comandante Supremo das Forças Armadas). Pengurusan Angkatan Tentera dan pelaksanaan dasar pertahanan negara telah dilakukan oleh pihak kerajaan (dipengerusikan oleh Perdana Menteri) melalui Menteri Pertahanan Nasional. Pegawai paling tinggi ketenteraan ialah Ketua Turus Am Angkatan Tentera, yang mempunyai kawalan operasi ke atas Angkatan Tentera semasa aman dan mengambil alih kawalan penuh apabila peperangan berlaku.

Angkatan Tentera diberi tugas melindungi Portugal serta menyokong usaha-usaha pengaman antarabangsa apabila diberi mandat oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Bangsa-Bangsa Bersatu dan/atau Kesatuan Eropah.

Portugal disenaraikan negara ke-3 paling aman di Dunia dalam Indeks Keamanan Dunia 2017, pada masa ini tidak mempunyai isu-isu keselamatan negara yang ketara. Oleh itu, Angkatan Tentera Portugal telah memberi tumpuan pada aktiviti perkhidmatan awam bukan tentera dan pada operasi ketenteraan luar negara. Operasi luar baru-baru ini termasuk tindakan anti-lanun di Teluk Aden, konflik di Republik Afrika Tengah dan di Afghanistan, misi pengaman di Timor Timur, Lubnan, Kosovo dan Bosnia-Herzegovina, dan kawalan udara Iceland dan negara Baltik.

Unit tentera dan badan-badan lain ditempatkan diseluruh wilayah Portugal, termasuk Portugal Benua, Madeira dan Azores.

Angkatan Tentera Portugal dibuka secara tetap untuk wanita pada awal tahun 1990an. Portugal mempunyai kerahan wajib untuk semua lelaki yang sihat sehingga November 2004.