Angkatan Pertahanan Udara dan Peluru Berpandu
| Angkatan Pertahanan Udara dan Peluru Berpandu | |
|---|---|
| Aktif | 1992–1998 2015–kini |
| Negara | Rusia |
| Sebahagian daripada | Angkatan Aeroangkasa Rusia |
| Komander | |
| Panglima Tertinggi Angkatan Aeroangkasa | Kolonel Jeneral Viktor Afzalov |
| Panglima Angkatan Pertahanan Udara dan Peluru Berpandu | Leftenan Jeneral Andrey Semyonov |
Angkatan Pertahanan Udara dan Peluru Berpandu (Rusia: Войска противовоздушной и противоракетной обороны, Войска ПВО-ПРО atau Voiska PVO-PRO) ialah salah satu daripada tiga cawangan Angkatan Aeroangkasa Rusia. Cawangan ini ditubuhkan pada tahun 2015 semasa pembentukan Angkatan Aeroangkasa Rusia sebagai cawangan yang bertanggungjawab bagi semua pertahanan udara strategik yang berpangkalan di darat.
Pasukan Pertahanan Udara (PVO) merupakan sebuah cawangan berasingan dalam Angkatan Tentera Rusia dari tahun 1992 hingga 1998, sebelum digabungkan ke dalam Tentera Udara Rusia. Pada tahun 2010, empat kor dan tujuh divisyen PVO dalam Tentera Udara telah disusun semula menjadi 11 briged pertahanan udara.
Formasi tempur utama cawangan ini ialah Ketumbukan Kegunaan Khusus Udara dan Pertahanan Peluru Berpandu Pertama. Ia merangkumi sembilan rejimen peluru berpandu permukaan ke udara, dengan empat daripadanya dilengkapi dengan sistem S-300 dan lima lagi dengan sistem S-400 dan Pantsir.