Angkatan Darat Tentera Republik Islam Iran

Angkatan Darat Tentera Republik Islam Iran
نیروی زمینی ارتش جمهوری اسلامی ایران
Aktif1923−kini
Negara Iran
JenisTentera darat
PerananPeperangan darat
Saiz350,000 anggota aktif
350,000 anggota simpanan
Sebahagian daripada Artesh
MarkasTehran, Iran
MotoAll for one, One for all, All for Iran
Peringatan18 April
Kelengkapan3,000 kereta kebal
1,550 kenderaan tempur berperisai
2,118 meriam artileri
365 artileri gerak sendiri
1,500+ Sistem Pelancar Roket Berganda
260 helikopter
80+ helikopter penyerang
400+ pesawat udara tanpa pemandu
Pertempuran
Komander
PanglimaBrigedier Jeneral Kioumars Heydari
Tanda kebesaran
Bendera

Angkatan Darat Tentera Republik Islam Iran (Parsi: نیروی زمینی ارتش جمهوری اسلامی ایران), disingkatkan NEZAJA (Parsi: نزاجا) adalah tentera darat bagi Tentera Republik Islam Iran.

Di Iran, ia juga dipanggil Artesh, (ارتش) iaitu dalam Bahasa Parsi bermaksud "tentera darat." Pada tahun 2007, Tentera Darat Tetap Iran dianggarkan mempunyai 350,000 anggota (220,000 askar kerahan dan 130,000 profesional) ditambah 350,000 askar simpanan dengan jumlah keseluruhan 700,000 anggota menurut CSIS. Askar kerahan berkhidmat selama 21 bulan dan mendapat latihan tentera yang profesional.

Iran mempunyai dua tentera darat yang sejajar dengan beberapa penggabungan di peringkat pemerintahan: iaitu Artesh (Tentera) biasa, dan Kor Pengawal Revolusi Islam, juga dikenali sebagai Sepaah (IRGC).