Angkatan Darat Tentera Rakyat Nasional

Angkatan Darat Tentera Rakyat Nasional
Landstreitkräfte der Nationalen Volksarmee
Aktif1 Mac 1956 – 2 Oktober 1990
Negara Jerman Timur
KesetiaanPakatan Warsaw
PerananTentera darat
Saiz105.850 tentera, masa aman, 1990
394.350 tentera, masa perang, 1990
Sebahagian daripadaKommando Landstreitkraefte
(sejak 1972)
PangkalanGeltow, Potsdam-Mittelmark

Angkatan Darat Tentera Rakyat Nasional (Bahasa Jerman: Landstreitkräfte der Nationalen Volksarmee - LaSK), adalah komponen darat dan komponen terbesar di dalam Tentera Rakyat Nasional (NVA) Republik Demokratik Jerman (GDR). Markas Angkatan Darat, yang terletak di Geltow telah ditubuhkan pada 1 Disember 1972 sebagai sebuah badan pengurusan yang diwujudkan untuk tentera darat. NVA sendiri telah ditubuhkan pada 1 Mac 1956 daripada Kasernierte Volkspolizei (Garison Polis Rakyat).